Final Piala Malaysia dianjak ke 26 April

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan bahawa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 akan berlangsung pada 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), bermula jam 9.00 malam. Final edisi ke-98 itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 12 April 2025, namun tarikh berkenaan diubah selepas MFL menerima permohonan rasmi daripada Sri […]

Continue Reading

Malaysia mudah benam Perancis aksi pembukaan

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kumpulan B acara kuadran Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025 dengan bergaya selepas menundukkan Perancis 2-0 di Bihar, India, hari ini. Skuad negara yang diketuai Muhammad Shahalril Aiman Halim serta dibantu Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi tampil dominan apabila menang selesa set pertama 15-6 […]

Continue Reading

Ajinomoto galak hidangan sahur berkhasiat dengan Seri-Aji

PETALING JAYA: Memahami kepentingan bersahur untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) tampil dengan penyelesaian mudah dan lazat untuk menyediakan hidangan sahur berkhasiat dengan produk Seri-Aji®. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, AMB baru-baru ini menganjurkan program “Sama-Sama BerSeri-Aji® PPR”, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak […]

Continue Reading

Didakwa liabiliti Pas, Sanusi pelawa tinggal di Kedah kenali beliau

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta pemerhati politik, Dr. Zaharuddin Sani Sabri mengemukakan data dan fakta berkaitan kenyataan mengatakan beliau sebagai satu liabiliti untuk Pas.  Pengarah Pilihan Raya Pas itu juga berkata, bekas Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA) itu perlu berhenti daripada melontarkan isu picisan dan remeh seperti itu […]

Continue Reading

CBP catat keuntungan RM124.19 juta tahun lalu

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) terus menunjukkan prestasi kewangan yang cemerlang dengan mencatatkan keuntungan RM124.19 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sehingga 31 Disember 2024, jumlah modal syer CBP telah mencatatkan lebih RM1.6 bilion dan jumlah ini mencukupi untuk menyokong perkembangan perniagaan pada tahun ini. […]

Continue Reading

Sumbangan Wakaf Mara Madani cecah RM51.6 juta

PETALING JAYA: Kutipan Wakaf Mara Madani kini berjumlah RM51.6 juta hasil sumbangan daripada 1,845 penyumbang bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap inisiatif ini sebagai pemacu perubahan ekonomi Bumiputera yang mampan. Katanya, sebagai dana mauquf, sumbangan wakaf tunai itu […]

Continue Reading

Boost Bank, CGC Digital peruntuk RM130 juta penyelesaian pembiayaan untuk PMKS

PETALING JAYA: Boost Bank, bank digital pertama yang dibangunkan di Malaysia bekerjasama dengan CGC Digital, anak syarikat fintech di bawah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), memperuntukkan sebanyak RM130 juta untuk penyelesaian pembiayaan. Ini termasuk kemudahan pinjaman tetap dan kredit revolving, yang bertujuan untuk mengatasi jurang pembiayaan kritikal yang sering dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil […]

Continue Reading

Desak bubar DUN awal, itu kuasa prerogatif Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Teka-teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah masih menjadi tanda tanya biarpun penggal pemerintahan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus akan berakhir September ini. Namun, gesaan Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor membubarkan DUN lebih awal disifatkan sesuatu yang tidak […]

Continue Reading

Duplantis tumpuan utama di Kejohanan Dunia

NANJING: Jaguh lompat bergalah, Armand ‘Mondo’ Duplantis, bakal menjadi perhatian utama apabila Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia yang tertangguh sejak 2020 akhirnya berlangsung hujung minggu ini. Nanjing pada asalnya dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi 2020, sebelum ditangguhkan ke 2021 dan 2023 akibat peraturan ketat berkaitan Covid-19. Edisi kali ini bakal menyaksikan 576 atlet dari […]

Continue Reading

Cklamovski suntik idea baharu

JOHOR BAHRU: Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin mengakui kem latihan di bawah bimbingan Peter Cklamovski memberi ‘suntikan’ idea baru kepada pemain untuk meningkatkan mutu permainan. Stuart Wilkin Pemain Sabah FC itu berkata, walaupun baru dua hari menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, intensiti itu sudah dirasai dan kesemua pemain menunjukkan prestasi terbaik mereka dan bersaing […]

Continue Reading

Norris laung keyakinan

MELBOURNE: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Lando Norris bersedia menghadapi cabaran baharu di Grand Prix (GP) China hujung minggu ini, termasuk perlumbaan pecut pertama musim ini. Litar Antarabangsa Shanghai sepanjang 5.451 kilometer bakal menjadi pentas persaingan dengan ciri selekoh panjang dan zon brek berat yang memberi tekanan tinggi kepada tayar. Keadaan cuaca dijangka panas dan […]

Continue Reading

Nama calon TYT Pulau Pinang diserah kepada Perdana Menteri

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri telah menyerahkan beberapa nama untuk dicalonkan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kepada Pejabat Perdana Menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi pertimbangan Seri Paduka. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, proses pelantikan jawatan itu adalah tertakluk kepada budi bicara Seri Paduka, sama ada […]

Continue Reading

Anita dilantik pengerusi baharu PSM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan Datin Anita Azrina Abdul Aziz sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), menggantikan Datuk Hans Isaac yang tamat tempoh lantikan hari ini. Beliau turut melantik Datuk Seri Winsor John sebagai Timbalan Pengerusi, gabungan yang diyakini mampu memperkukuh pengurusan PSM. “Anita pakar dalam pentadbiran dan tajaan sukan, […]

Continue Reading

Negeri Sembilan sedia usul semula had tempoh jawatan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membawa semula usul mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara berkenaan pernah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), namun ditolak. “Sebelum ini perkara tersebut pernah dibawa ke DUN, namun ditolak kerana tidak mendapat sokongan dua pertiga dan sekali gus terbatal. […]

Continue Reading

KL City perlu kekal di Liga Super

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad berharap Kuala Lumpur(KL) City FC kekal bersaing dalam Liga Super, musim depan. Menurut Khalid, sekiranya KL City FC turun ke saingan Liga Perdana, ia merupakan satu langkah ke belakang  untuk pasukan serta bola sepak Malaysia secara keseluruhannya. “Selama saya menjadi Presiden, saya berusaha […]

Continue Reading

‘Sedar diri, beri peluang pemimpin muda’

PETALING JAYA: Kesedaran perlu timbul dalam kalangan wakil rakyat veteran untuk memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda menerajui negara. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, langkah itu penting bagi memberi imej yang lebih segar dalam pentadbiran negara. “Di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ada disebut had umur seseorang untuk menjadi ahli Parlimen sama […]

Continue Reading

Kejayaan Tun Hakim di AS hasil dana sendiri

SUBANG JAYA: Pemain boling negara, Tun Hakim Tun Hasnul Azam mencipta sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama menjuarai Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) di Nevada, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam. Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Mohammed Najeeb Abdullah berkata, kejayaan Tun Hakim merupakan satu kebanggaan, namun ia hadir menerusi perbelanjaan sendiri tanpa sebarang […]

Continue Reading

PM lebih efisien jalankan tugas

PETALING JAYA: Cadangan tempoh perdana menteri dihadkan 10 tahun atau dua penggal membolehkan individu yang dilantik ke jawatan itu menjalankan tugas dengan lebih efisien. Penganalisis politik, Dr. Mazlan Ali berkata, ini kerana seseorang perdana menteri sudah mengetahui hanya mempunyai tempoh dua penggal untuk melaksanakan sebarang misi dan pembaharuan bagi memajukan negara. Kata beliau, jika tidak […]

Continue Reading

Taktik dibaca lawan punca Sze Fei-Izzuddin tersingkir awal

PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus dihimpit prestasi tidak menentu selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland. Pasangan No.2 dunia itu tewas dalam pertarungan tiga set 23-25, 21-15, 11-21 kepada pasangan pecah ganding dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dalam aksi di St. Jakobshalle, Basel, semalam. Apa […]

Continue Reading

Jun Hao langgar halangan pertama di Terbuka Switzerland

PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao melangkah ke pusingan kedua Terbuka Switzerland 2025 selepas menewaskan Koo Takahashi 21-19, 22-20 dalam masa 54 minit, malam tadi. Kemenangan ini hadir dalam pertemuan sulung antara kedua-dua pemain, menyaksikan Jun Hao beraksi tenang untuk mengawal permainan di gelanggang St. Jakobshalle, Basel. Namun, cabaran lebih besar menanti apabila […]

Continue Reading