PCG catat pendapatan RM7.66b pada suku pertama

PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan pendapatan sebanyak RM7.66 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 daripada RM7.49 bilion yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya, di sebalik pasaran kimia yang semakin mencabar. PCG berkata, pendapatan meningkat sebanyak tiga peratus suku ke suku, dipacu oleh harga purata yang lebih tinggi bagi urea, […]

Continue Reading

PEOPLElogy mula disenarai di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR: PEOPLElogy Bhd, penyedia penyelesaian pembangunan modal insan bersepadu membuat kemunculan sederhana di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, apabila dibuka di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen. Kaunter itu mula diniagakan pada 24 sen, dengan 1.3 juta saham bertukar tangan dalam dagangan awal. Bagaimanapun, pada pukul 9.23 pagi, saham itu […]

Continue Reading

Samaiden raih kontrak RM45 juta laksana projek solar PV di Kulim

PETALING JAYA: Samaiden Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Samaiden Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM45 juta daripada PAXS Renewables Sdn. Bhd. (PAXS) untuk loji janakuasa solar fotovoltaik berskala besar (LSSPV) berkapasiti 9.99MWac di Kulim, Kedah. Kontrak itu bagi melaksanakan kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) merangkumi skop penuh, termasuk reka bentuk, kejuruteraan, perolehan, […]

Continue Reading

Projek pelebaran Lebuhraya KL- Karak dijadual pada suku kedua 2025

PETALING JAYA: AFA PRIME Berhad yang dahulunya dikenali sebagai ANIH Berhad akan memulakan projek pelebaran Lebuh raya KL-Karak pada suku kedua 2025, selain Projek Mitigasi Banjir kini sedang berjalan di sepanjang LPT1. Syarikat melaksanakan dua inisiatif infrastruktur utama tersebut bertujuan meningkatkan keselamatan lebuh raya, mengurangkan kesesakan, serta memperkukuh ketahanan terhadap impak perubahan iklim. Projek Pelebaran […]

Continue Reading

CBP perkenal produk takaful kemalangan diri atas talian

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan produk takaful kemalangan diri iaitu Takaful CBP Protect secara atas talian bermula 01 Mei 2025 melalui laman sesawang CBP. CBP berkata, penawaran secara digital ini merupakan salah satu penambahbaikan bagi produk Takaful CBP Protect ini yang telah diperkenalkan pada 2023. Produk ini diperkenalkan secara atas talian untuk menarik minat […]

Continue Reading

Astaka, Kimlun bangunkan Arden dengan GDV RM800j

PETALING JAYA: Astaka Holdings Limited (Astaka), pemaju hartanah bersepadu yang berpangkalan di Johor bersama rakan usaha sama (JV), Kimlun Corporation Berhad (Kimlun) memulakan kerja pembinaan projek perkhidmatan kediaman Arden. Projek tersebut merupakan sebahagian daripada fasa 3 pembangunan utama kumpulan, One Bukit Senyum. Menurut kenyataannya, Arden merupakan pembangunan pegangan bebas dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak […]

Continue Reading

Gas Malaysia lancar Stesen Suntikan Biometana Berpusat pertama

PETALING JAYA: Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mengesahkan komitmennya terhadap agenda tenaga hijau negara dengan pelancaran rasmi Stesen Suntikan Biometana Berpusat pertama di Malaysia. Stesen itu dilancarkan melalui anak syarikat milik penuhnya, Gas Malaysia Green Ventures Sdn. Bhd. (GMGV), Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama […]

Continue Reading

Rangka tindakan JS-SEZ dilancar hujung tahun ini

KUALA LUMPUR: Rangka Tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal dilancarkan hujung tahun ini sebagai pelan hala tuju menyeluruh untuk pembangunan kawasan tersebut. Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, dokumen itu akan merangkumi visi jangka panjang, aspirasi strategik serta peluang pelaburan yang ditawarkan kepada pelabur tempatan dan antarabangsa. “Anggaplah ia sebagai dokumen rujukan utama […]

Continue Reading

KDNK 2025 dijangka sederhana antara 4.0 hingga 4.4 peratus

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka menyederhana pada 4.0 peratus hingga 4.4 peratus tahun ini, mencerminkan risiko seimbang daripada ketidaktentuan perdagangan dan potensi perkembangan positif dalam rundingan perdagangan. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (INCIEF), Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, haja tuju ekonomi ketika ini masih sukar diramal berikutan […]

Continue Reading

Kumpulan Affin raih untung bersih RM124.1 juta suku pertama 2025

PETALING JAYA: Kumpulan Affin mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM124.1 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, meningkat berbanding RM110.2 juta yang dilaporkan pada suku sama tahun sebelumnya. Keuntungan sebelum cukai (PBT) selepas zakat adalah sebanyak RM178.2 juta bagi suku dikaji, melonjak 23.7 peratus berbanding RM144 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama 2024. […]

Continue Reading

Eco-Shop komited tawar barang keperluan mampu milik

PETALING JAYA: Peruncit nilai mampu milik, Eco-Shop terus komited menawarkan barangan keperluan pada harga mampu milik menerusi strategi pertumbuhan mampan dengan mengoptimumkan kos pembelian pukal. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop, Jessica Ng berkata, pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos operasi, malah membantu Eco-Shop mengekalkan harga yang kompetitif secara berterusan, seterusnya menyokong kuasa beli […]

Continue Reading

Malaysia mampu terajui industri pembuatan bateri EV di ASEAN

KUALA LUMPUR: Malaysia dalam kedudukan kukuh untuk menerajui pembuatan komponen bateri kenderaan elektrik (EV) dan menyokong ekosistem mobiliti serantau yang semakin berkembang berdasarkan kekuatan negara dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E). Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 menggariskan hala tuju […]

Continue Reading

154 kakitangan TNB ditugaskan sempena LIMA 2025

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menugaskan seramai 154 kakitangan untuk bersiap siaga di lapangan dan bilik gerakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 bermula esok hingga 24 Mei ini bagi memastikan bekalan elektrik berterusan dan berdaya harap sepanjang LIMA dijalankan. TNB dalam kenyataan berkata mereka telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti semakan dan […]

Continue Reading

Betamek teroka teknologi bidang perubatan menerusi kerjasama dengan SiGenex

PETALING JAYA: Betamek Berhad (Betamek) melalui anak syarikat milik penuhnya, Betamek Research Sdn. Bhd. (BRSB) memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan SiGenex Global Holdings (SiGenex) bagi pembangunan teknologi bidang perubatan. Kerjasama itu bertujuan meneroka rangka kerja dalam perundingan, memanfaatkan maklumat, pengalaman, teknologi dan bantuan teknikal antara kedua-dua pihak untuk penyelesaian diagnostik dan penjujukan genomik bersepadu generasi […]

Continue Reading

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

PETALING JAYA: Johor Plantations Group Berhad (JPG) mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak RM75.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, berbanding RM49.9 juta bagi suku sama tahun sebelumnya. Prestasi lebih baik berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih tinggi. Menurut kenyataannya, hasil suku tahunan meningkat 15.4 peratus […]

Continue Reading

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mencatatkan rekod agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM14.5 bilion kepada pemegang unitnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, lebih tinggi berbanding RM13.3 bilion yang diagihkan tahun sebelumnya. Pencapaian itu didorong oleh persekitaran makroekonomi dan pasaran modal yang positif serta strategi kepelbagaian aset yang berterusan, dengan jumlah pendapatan bersih […]

Continue Reading

Betamek jalin kerjasama dengan SiGenex

PETALING JAYA:  Betamek Berhad (Betamek), pengeluar reka bentuk asal (ODM) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) untuk industri automotif, melalui anak syarikat milik penuhnya Betamek Research Sdn. Bhd. (BRSB) memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan SiGenex Global Holdings Pte. Ltd. (SiGenex), bagi pembangunan teknologi untuk ujian genetik titik penjagaan. SiGenex adalahsebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura dan pemeteraian berlangsung hari ini di Expo 2025 […]

Continue Reading

BNM mungkin turunkan OPR lebih daripada 25 mata asas

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai dan terdapat kemungkinan lebih banyak pemotongan tahun ini sekiranya data ekonomi terus merosot melebihi jangkaan. Standard Chartered Global Research berkata, unjuran ini selepas data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama yang menunjukkan pertumbuhan 4.4 peratus, […]

Continue Reading

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor optimis mencatat nilai pelaburan (FDI) melebihi RM50 bilion menjelang akhir tahun ini, sekali gus mengatasi rekod RM48.5 bilion yang diraih tahun lalu. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keyakinan itu didorong oleh daya tarikan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang semakin menyerlah sebagai pemacu utama pelaburan dan transformasi […]

Continue Reading