BZU BZU lancar rangkaian lampin VelvetBreeze

Perniagaan

KUALA LUMPUR: Jenama barangan penjagaan keluarga, BZU BZU melancarkan rangkaian lampinnya, VelvetBreeze yang sesuai untuk kulit sensitif bayi serta menitikberatkan cuaca panas Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raphael Jiang berkata, rangkaian lampin baharu tersebut dilengkapi dengan pengaliran udara 360 darjah dan teknologi keselesaan pintar yang memastikan kulit bayi akan kekal kering dan bebas ruam walaupun pada hari panas dan lembap.

Ujarnya, sebelum ini pasti ramai ibu bapa yang mengenali jenama BZU BZU dengan kategori penjagaan kulit bayi seperti syampu, losyen dan pencuci perkakas bayi namun pengenalan lampin kali ini merupakan langkah baharu memperkembangkan produk tersebut.

“Kami mengambil masa yang lama untuk proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerana kami melakukan ujian terhadap 150 ibu-ibu di Malaysia dan 95 peratus daripada mereka setuju lampin ini tidak mengakibatkan ruam pada anak mereka.

“Saya boleh katakan kelebihan terbesar untuk lampin VelvetBreeze ini adalah harganya yang berpatutan dan cukup sesuai untuk kegunaan harian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika Majlis Pelancaran VelvetBreeze di sini semalam.

Raphael berkata, walaupun kategori lampin merupakan produk bayi yang mempunyai persaingan sengit, namun pihaknya percaya VelvetBreeze mempunyai kelainan daripada segi material dan saiz.

“Lampin kami lebih ketat dan menyokong bayi, tidak longgar seperti kebanyakan jenama di pasaran. Jadi, kami sarankan ibu bapa untuk mencuba dahulu saiz yang sesuai dan lihat sendiri fleksibilitinya sebelum tentukan saiz yang sesuai untuk bayi,” katanya.

VelvetBreeze merupakan lampin pertama di Malaysia yang menggabungkan ciri 360° Cosmic Circulation dan Teknologi AIRJUST™, yang membolehkan udara bergerak bebas sambil menyesuaikan pengudaraan mengikut persekitaran bayi.

Ia menjadikan kulit bayi kekal segar, tidak berpeluh dan paling penting, bebas ruam selain membekalkan perlindungan anti bocor sehingga 14 jam. – UTUSAN