KUALA LUMPUR: Pasukan Hypermax Taekwondo sekali lagi mencatat sejarah membanggakan apabila berjaya membawa pulang 12 Emas, sembilan Perak, lapan Gangsa pingat daripada Kejohanan Phuket Open Taekwondo Championship 2025 yang berlangsung pada 31 Mei lalu di Phuket Sport City Thailand.
Seramai 14 orang atlet cilik dan remaja daripada pasukan initelah berjuang mewakili negara dalam kejohanan peringkat antarabangsa ini.
Menurut Ketua Jurulatih dua Hypermax Taekwondo, Coach Faiz Safry, kejayaan tersebut adalah hasil latihan berterusan, disiplin tinggi serta semangat juang yang luar biasa daripadapara atlet muda yang rata-ratanya berumur antara 7 hingga 17 tahun.
“Persiapan Latihan Fizikal seawal jam 5 pagi dan latihantambahan adalah kunci kejayaan pasukan Hypermax. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sanggup hadir Bersama-samamemberi sokongan kepada anak-anak mereka.
“Hypermax bukan sekadar melatih taekwondo, kami melahirkan juara dengan semangat patriotik dan jiwa berani. Setiap anak-anak ini bukan saja mewakili akademi, tapimereka membawa nama Malaysia di dada,” katanya.
Hypermax Taekwondo yang berpusat di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah berjaya membuktikan bahawa pasukan tempatan juga mampu bersaing di peringkatantarabangsa.
Kejayaan ini menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa bakat tempatan, jika diberipeluang dan latihan yang betul, mampu menggegarkan dunia sukan Taekwondo.
Pasukan ini merancang untuk menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa sepanjang tahun inisebagai persediaan ke pentas lebih besar.
Berikut adalah nama orang atlet cilik dan remaja yang terlibat:
Muhammad Rizqi Qaisy M Normazhan (SMK TAMAN DESA,Rawang)
• Dhia Insyirah Mohd Zulkarnain (SK SERI KUNDANG,Rawang)
• Nur Irdina Sofea Fadrul Nizam (SMK TAMAN BUNGA RAYA 1,HULU SELANGOR)
• Muhammad Farish Naufal Farizil Farid (SMK BANDAR SUNGAI BUAYA,HULU SELANGOR)
• Muhammad Fakhri Haziq Nor Anuar (SMK BUKIT SENTOSA 2 ,HULU SELANGOR)
• Nur Ain Nabihah Noor Azman (SMK BUKIT SENTOSA2,HULU SELANGOR)
• Nawal Afrina Mohd Amir (SK TAMAN DESA 2,RAWANG)
• Muhammad Syafiq Asyaf Mohd Nazeri (SK TAMAN DESA,RAWANG)
• Adnan Firdaus Akmal Abdul Rahman (SK TAMAN DESA, RAWANG)
• Adib Mustaqim Mohamad Akhiar (SK TAMAN DESA, RAWANG)
• Ahmad Haris Danial Ahmad Nazri Ayu ( SMK BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR)
• Puteri Airin Fazneesya Jusoh (SMK BUKIT SENTOSA, HULU SELANGOR)
• Muhammad Haziq Iskandar Mohd Nazeri (SEK AGAMA KAFA AN NUR)
• Muhammad Qaed Aflah Mohammad Al Faiz (MRSM FELDA TROLAK)
Jurulatih yang terlibat bekerjasama dalam kejohanan ini adalah Coach Faiz Safry, Coach Irdina Qhairunisa Coach Mahadi Haris, dan Coach Akmal Omar Sidek.