PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 10.15 mata kepada 1,518.12 pada pukul 5 petang tadi, berbanding 1,510.37 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,510.70.
Jumlah dagangan sebanyak 2.45 juta unit bernilai RM2.28 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 656 berbanding 337, dengan 444 kaunter tidak berubah dan 935 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 41.21 mata atau 1.49 peratus kepada 2,812.05 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 192.96 mata atau 0.51 peratus kepada 37,554.49, manakala indeks STI Singapura menokok 58.92 mata atau 0.58 peratus kepada 10,203.50.-UTUSAN