TOT MPOB 2025 tawar inovasi merentas sektor industri

Perniagaan

PETALING JAYA: Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT MPOB 2025), acara tabunan Lembaga Minyak Sawit Malaysia menawarkan pengkomersialan teknologi dalam industri sawit kepada penggiat industri, syarikat tempatan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada 19 Jun yang akan diadakan di Bangi, Selangor.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, penyertaan penggiat industri dalam program TOT memberi akses teknologi dan inovasi baharu dalam rantaian pengeluaran industri sawit.

“Ia turut membuka peluang meneroka kerjasama penyelidikan dan pengkomersialan, perlindungan harta intelek meliputi pelesenan teknologi serta menyertai ekosistem inovasi yang sawit mampan.

“TOT MPOB 2025 bakal mengetengahkan tema yang istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 MPOB sejak penubuhannya pada 1 Mei 2000.

“MPOB turut memperkenalkan teknologi yang dibangunkan dalam tempoh 25 tahun yang relevan dengan keperluan industri dan potensi pengkomersialan”, katanya dalam kenyataan.

Lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada penggiat industri sawit, pengusaha PMKS serta pihak yang berminat dalam pengkomersialan teknologi sawit dijangka hadir ke program tersebut.

Tambahnya, dibawah platform penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi (R&D&C), МРОB menyasarkan pembangunan ekosistem industri sawit yang mampan dan kompetitif. – UTUSAN