PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 2.46 mata kepada 1,516.95 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,519.41 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,519.71.
Jumlah dagangan sebanyak 2.77 bilion unit bernilai RM2.09 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 444 berbanding 437, dengan 533 kaunter tidak berubah dan 973 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 16.08 mata atau 0.56 peratus kepada 2,871.85 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 122.94 mata atau 0.32 peratus kepada 38,211.51, manakala indeks STI Singapura menurun 87.957 mata atau 0.858 peratus kepada 10,162.18. -UTUSAN