Bekas perejam kebangsaan Thailand perkuat Kelantan Warriros

Sukan

KOTA BHARU: Bekas perejam kebangsaan Thailand, Picet Pansan menjadi taruhan Kelantan Warriors dalam usaha memburu kedudukan terbaik dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) Premier, musim ini.

Timbalan Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Mohamad Mohydddin Mohamed Nor berkata, kehadiran pemain berpengalaman itu dijangka meletakkan Kelantan Warriors menjadi salah satu pasukan pencabar musim ini.

“Selain Picet, kita membawa masuk ‘ubi’ muda dari Thailand iaitu Sukirit Wachaburanaphong di posisi tekong dalam usaha memperkasa lagi pasukan.

“Bekas tekong Penang Black Panthers, Ikhwan Syafiq Mohd. Fitri turut menjadi antara tonggak yang memperkuat pasukan selain  Muhammad Adli Abu Bakar (apit kiri), Muhammad Zulfikri Wajawwa (apit kiri), Muhammad Izham Zaidi (perejam) dan Muhammad Imran Omar (tekong),” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Pasukan Kelantan Warriors di sini malam tadi. – UTUSAN