PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 2.32 mata kepada 1,514.29 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,516.61 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,514.25.
Jumlah dagangan sebanyak 2.57 bilion unit bernilai RM2.04 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 638 berbanding 349, dengan 458 kaunter tidak berubah dan 1,013 tidak diniagakan.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 89.17 mata atau 2.96 peratus kepada 3,103.64 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 436.47 mata atau 1.14 peratus kepada 38,790.56, manakala indeks STI Singapura melonjak 169.23 mata atau 1.68 peratus kepada 10,217.629.-UTUSAN