Mat Yo pilihan Irfan Bakti perkuat jentera serangan KRW FC

Sukan

KOTA BHARU: Keputusan Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) mengikat bekas penggempur berbisa Harimau Malaya Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo untuk memperkuatkan jentera serangan dibuat oleh pengendali pasukan Irfan Bakti Abu Salim.

Perkara tersebut disahkan oleh pemilik Nik Hafiz Naim Nik Hassan ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

“Kita (KRW FC) ikat Mat Yo untuk menabur bakti bersama KRW untuk tempoh satu musim. Selain mengetuai jentera serangan Mat Yo akan memainkan peranan membimbing pemain muda

“Mat Yo sudah tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini kerana pernah beraksi bersama The Red Warriors (TRW) pada tahun 2011-2012.

“Selain itu, Mat Yo merupakan salah seorang tonggak penting yang memacu TRW merangkul kejuaraan trebel pada musim 2012 lalu,” katanya.

Sebagai rekod, Mat Yo yang pernah digelar sebagai ‘The Linesman’ itu
pernah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Selain itu, Mat Yo yang pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya telah meledak 14 gol sepanjang penampilan sebanyak 83 kali bermula 2007 hingga 2021.

Mengulas lanjut Nik Hafiz Naim memberitahu, persiapan KRW FC sudah mencapai 95 peratus dan ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kouta dua pemain import.

Katanya, pada masa sama KRW sedang mengintai beberapa lagi tonggak berstatus bintang untuk dibawa masuk.

KRW tanpa serius bersaing apabila membawa masuk beberapa nama besar untuk memperkasakan pasukan seperti Mohd. Faiz Nasir, Nik Azli Nik Alias, Yusri Yuhasmadi dan ramai lagi.

Selain, KRW FC Liga A1 Semi-Pro 2025/26 menyaksikan 15 lagi pasukan beraksi iaitu Armed Forces FC, Manjung City FC, Imigresen FC II, Johor Darul Ta’zim II, Selangor FC II, Kelantan WTS FC, Kedah FA, Machan FC, Bunga Raya FC, Malaysian University Football Team, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Guar Syed Alwi FC (GSA FC), FC Seoul Phoenix (Korea Selatan), UM-Damansara United.-UTUSAN