PETALING JAYA: KK Super Mart komited untuk menyokong Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pemberian bantuan khas RM100 secara sekali beri melalui MyKad kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.
KK Super Mart merupakan salah satu rakan runcit dalam inisiatif kerajaan ini turut membuka ruang pilihan kepada rakyat Malaysia untuk berbelanja bermula pada 31 Ogos 2025 ini.
“Kami juga berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian rakan pelaksana dalam mendukung agenda bantuan kerajaan.
“Kami mengalu-alukan kedatangan semua penerima bantuan ke cawangan kami bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah, selesa dan bernilai.
“Kami percaya kerjasama berterusan antara sektor swasta dan kerajaan, kita dapat meringankan beban kos sara hidup serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pemberian bantuan khas RM100 secara sejali beri melalui MyKad kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.
Bermula dari inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 pada awal Februari tahun ini seterusnya diperluaskan bantuan melalui SARA, dapat dilihat kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Melalui inisiatif ini, KK SUPER MART yang mempunyai kelebihan dari aspek pengoperasian 24 jam, kepelbagaian dan unit penyimpanan stok (SKU) produk hampir 6,000 unit dalam setiap premis, kepelbagaian perkhidmatan serta mementingkan ciri-ciri keselamatan pelanggan turut menjadi pilihan rakyat sebagai platform untuk berbelanja barang keperluan.
Selain itu, MyKasih Foundation yang berperanan menyediakan sistem MyKasih ini telah komited untuk menjalin kerjasama dengan KK Super Mart dalam memperluaskan lagi usaha menambah MYkKasih KK Super Mart di lokasi-lokasi baru lain di seluruh Malaysia.
KK SUPER MART berkata, mereka menawarkan cara mudah, cepat, selesa dan pada bila-bila masa berbelanja sudah pasti memberi pilihan positif kepada rakyat untuk mendapatkan 13 kategori barang keperluan asas produk yang tersenarai dalam program SARA.
“Ini termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan,” katanya. – UTUSAN