KUANTAN: Marcus Lim menampilkan permainan mantap dengan mencatatkan satu eagle dan tujuh birdie untuk menamatkan pusingan kedua dengan sembilan di bawah par.
Keseluruhannya Marcus yang bermain tanpa bogey hari ini mencatatkan 12 di bawah par untuk mendahului dengan kelebihan tiga pukulan pada Kejohanan Golf PGM Diraja Pahang.
Edvin Ying bersama Ben Leong, Shahriffuddin dan Jeremiah Kim pula berkongsi di tangga kedua yang masing-masing mencatatkan sembilan di bawah par.
Ketinggalan satu pukulan di belakang ialah Malcol Ting dan pendahulu hari pertama Nateeshvar Ganesh dengan lapan di bawah par (-8).
Cabaran untuk trofi masih belum pasti kerana kebanyakan pemain akan cuba melakukan yang terbaik dalam pusingan akhir esok.
Empat puluh tujuh (47) pemain berjaya melepasi cut iaitu lima melebihi par (+5).
Pada Kejohanan Wanita, Mirabel Ting bermain pusingan bebas bogey dam dia mendahului dengan lima pukulan ke atas Aretha Pan. Mirabel pada 120 di bawah par sedangkan
Aretha Pan berada di tujuh bawah par.
Keputusan Selepas Pusingan Kedua
132 – MARCUS LIM 69 63
135 – EDVEN YING 69 66, BEN LEONG 69 66, SHAHRIFFUDDIN ARIFFIN 67 68, KIM LEUN
KWANG 68 67
136 – NATEESHVAR GANESH 69 67, MALCOLM TING 66 70
138 – KHOR KHENG HWAI 69 69
139 – FAKHRUL AKMAL 70 69, NICHOLAS FUNG 70 69
141 – IKHMAL BASRY 72 69, AFIF FATHI 73 68, PAUL SAN 69 72, HILMI RAHMAN 73 68,
SYAHIRAN SYAKIR 70 71
142 – R NACHIMUTHU 70 72, DANNY MILLIS 75 67, NOR HEIKAL HADI 72 70, HUI YONG
SHERNG 71 71
143 – JAYDON PANG 67 76, WILSON CHOO 74 69, RUHANRAJ VINAYAGAM 72 71, AIRIL
RIZMAN 69 74
144 – BRANDON LAI 69 75, K RHAASRIKANESH 71 73, KENNETH DE SILVA 76 68
Kejohanan Wanita:
132 – MIRABEL TING 67 65
137 – ARETHA PAN 68 69
144 – GERALDINE WONG 71 73
145 – ZULAIKAH NASSER 73 72
147 – MICHELLE KOH 75 72, LIYANA DURISIC 75 72, NG JING XUEN 72 75
148 – LANA ASWADI 73 75
149 – AFIFAH RAZIF 74 75, AMALIA SHAHZAN 75 74