Miller Khan dapatkan ‘body goals’ Tak perlu seksa diri! Ikut cara mudah

Kesihatan

Mempunyai badan yang menarik bukan untuk orang lain tetapi untuk kesejahteraan dan kesihatan diri!

Menghiasi kulit digital Disember edisi 013 kali ini adalah pelakon Malaysia Indonesia, Miller Khan. Bagi sesiapa yang tidak tahu, Miller Khan sudah berkecimpung dalam bidang seni sejak umur 16 tahun dan pernah muncul dalam filem Yasmin Ahmad, Sepet.

Bila meninjau ke akaun Instagram miliknya, banyak paparan Miller Khan menonjolkan badannya–ya kita boleh katakan badannya yang kekar itu satu Body Goals! Jadi sudah tentunya kami dari Team LSAMY ingin tahu apa rahsia untuk seorang lelaki yang sudah mencecah usia 30 tahun dalam rutin menjaga keterampilan dan kesihatan diri.

#1 Jaga pemakanan

Miller menekankan untuk menjaga diet pemakanan, “Apa yang kita makan itu menentukan badan kita.” Bagi dia, diet ekstrem itu tidak function kerana ia lebih kepada kiraan kalori badan. Dia juga menyarankan menggunakan aplikasi fitness untuk mengawal dan rekod pengambilan kalori dalam sehari.

  • Nasi: 100 gram, tiga kali sehari.
  • Protein: Ayam, salmon, atau apa-apa sumber protein berkualiti, termasuk kulit ayam sebab mengandungi kolagen.
  • Karbohidrat: Jika dia ingin lakukan senaman berat keesokannya, Miller akan tambah sedikit karbo untuk tenaga. Kalau tak, lebihkan kepada protein.
  • Makanan ‘cheat day’Kalau makan seperti nasi kandar atau maggie goreng, esok dia perlu kurangkan karbo.

#2 Senaman tidak perlu ekstrem!

Miller akui dia tidak menghabiskan masa berjam-jam di gym. Baginya, senaman cuma 20% usaha, selebihnya diet sahaja. Dia suka berjalan kaki 1,000 langkah sehari, atau kalau rajin, tambah bersama sprint untuk tingkatkan metabolisma.

Katanya, “Heart rate ketika sprint itu kena jaga, sekitar 136-144 bpm. Itu sudah mencukupi untuk membakar lemak. 20 saat sprint, turun jalan, ulang lagi sampai 30 minit.” Dia turut percaya tiada apa yang cepat, perlu konsisten dan ikut pada pace sendiri. “Tak ada magic pill untuk dapatkan six-pack. Semuanya kena usaha, cari apa yang sesuai dengan gaya hidup kita, dan konsisten.”

#3 Tidur cukup dan amalkan gaya hidup seimbang

Tidur yang cukup penting untuk pemulihan badan. Dia juga sarankan untuk kita cuba elakkan stres yang berlebihan dengan buat apa yang kita suka. Ingat! Dia juga kata idea banyak datang jika otak kita lebih tenang dan relaks.

Kunci untuk capai body goals adalah untuk memahami badan sendiri dan menikmati prosesnya. Nak cuba gaya hidup sihat ala Miller? Jangan seksa diri. Terapkan mindset untuk maintain dan nikmati semua proses!

Ketahui lebih lanjut mengenai Digital Cover LSA MY Miller Khan, isu 013 di sini

________________________________________________________________________________________________

(Kredit gambar featured & hero: Instagram Miller Khan)


Note:

The information in this article is accurate as of the date of publication.