Enam syarikat tunai zakat perniagaan lebih RM4 juta

Perniagaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua dari kiri) hadir pada pada Majlis Malam Amal Kasih ALLAH dan Rasul sempena Karnival Year End Zakat (YEZ).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua dari kiri) hadir pada pada Majlis Malam Amal Kasih ALLAH dan Rasul sempena Karnival Year End Zakat (YEZ).

SHAH ALAM – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan sebanyak RM4,720,966.49 daripada enam syarikat korporat.

Pengurus Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP, Norazlina Mohd Nordin berkata, dalam masa sama serahan sumbangan wakalah dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM150,954.00 turut diadakan.

Menurutnya, kedua-dua sumbangan itu diterima PPZ-MAIWP pada Majlis Malam Amal Kasih ALLAH dan Rasul sempena Karnival Year End Zakat (YEZ).

“Karnival yang berlangsung selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember 2024 ini merupakan kolaborasi PPZ-MAIWP bersama Pasar Saloma. Ia diadakan sempena kempen YEZ.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival antaranya seperti pertandingan mewarna, nasyid, street soccer, kompang serta banyak lagi.

“Turut dibuka reruai pameran rakan strategik seperti Affin Bank Berhad, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tabung Haji, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-lain khas buat para pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penaja utama karnival itu ialah MC Corporate Consultant Sdn Bhd.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) hadir pada pada Majlis Malam Amal Kasih ALLAH dan Rasul sempena Karnival Year End Zakat (YEZ).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) hadir pada pada Majlis Malam Amal Kasih ALLAH dan Rasul sempena Karnival Year End Zakat (YEZ).

Turut menaja adalah Alam Flora Sdn Bhd, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Affin Bank Berhad, Merchant Nine Sdn Bhd, Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd dan YOANA Beauty.

Tambah Norazlina, sempena kempen YEZ orang ramai digalakkan agar segera menunaikan zakat sebelum atau pada 31 Disember 2024 bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan selain berpeluang untuk memenangi lebih 1,500 hadiah menarik.

“Lebih mudah, para pembayar zakat juga boleh menunaikan tanggungjawab berzakat dengan memanfaatkan kemudahan pembayaran dalam talian melalui portal www.zakat.com.my, aplikasi MyZakat, perbankan internet serta ejen rasmi yang dilantik PPZ-MAIWP,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen YEZ 2024 boleh layari www.zakat.com.my/yez2024 atau hubungi talian zakat 1800885757.