Bursa Malaysia ditutup positif hari ini

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.19 mata kepada 1,595.48 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,594.29 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,596.84.

Jumlah dagangan sebanyak 2.83 bilion unit bernilai RM2.37 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 549 berbanding 497 dengan 489 kaunter tidak berubah dan 880 tidak diniagakan.

Begitu pun, Indeks Nikkei Jepun naik 304.99 mata atau 0.80 peratus, kepada 38,513.02 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks STI Singapura juga naik 12.74 mata atau 0.34 peratus kepada 3,752.03, namun Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.43 mata atau 0.06 peratus kepada 2,454.48. – UTUSAN