Selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa, Az Zuha kini memperkenalkan aplikasi e-Azzuha, inovasi pertama di Malaysia yang direka khas bagi melancarkan pengurusan jemaah menjalankan ibadah di Tanah Suci.
Aplikasi ini bukan sahaja menjimatkan masa berbanding kaedah manual, tetapi turut memberikan kemudahan kepada bakal jemaah dalam memilih pakej, membuat tempahan, dan menguruskan perjalanan umrah secara digital.
Aplikasi e-Azzuha dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih, termasuk modul perjalanan umrah yang komprehensif selain pengguna boleh mengikuti perkembangan perjalanan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai status visa, penerbangan, tempat penginapan, dan panduan perjalanan.
Haji Abdul Malik menambah, “Aplikasi ini adalah usaha kami untuk menyediakan pengalaman ibadah yang lebih lancar, moden, dan efisien kepada pelanggan. Ia merupakan satu lonjakan ke arah transformasi digital dalam industri pelancongan Islam.”
Sebagai peneraju dalam industri pelancongan Islam, Az Zuha sentiasa komited untuk menyediakan pakej umrah dan haji yang telus dan berkualiti. Rekod bersih syarikat ini mencerminkan integriti dan profesionalisme yang menjadi teras utama operasi mereka.
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak agensi pelancongan untuk terus meningkatkan standard perkhidmatan, sambil mengutamakan kepercayaan dan kesejahteraan pelanggan.