Pasaran saham dibuka positif pagi ini

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.99 mata kepada 1,616.63 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,615.64 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,615.85.

Jumlah dagangan sebanyak 101.25 juta unit bernilai RM60.36 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 169 berbanding 108, dengan 269 kaunter tidak berubah dan 1,950 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.09 peratus atau 2.26 mata kepada 2,444.11.

Bagaimanapun, indeks STI Singapura turun 14.73 mata kepada 3,807.95, manakala indeks Nikkei Jepun juga menurun 253.90 mata kepada 39,141.70 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN