Bursa Malaysia ditutup lemah hari ini

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia tutup 2.39 mata kepada 1,613.25 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,615.64 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,615.85.

Jumlah dagangan sebanyak 3.19 bilion unit bernilai RM2.82 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 574 berbanding 469 dengan 524 kaunter tidak berubah dan 929 tidak diniagakan.

Begitu pun, indeks Nikkei Jepun turun 304.43 mata atau 0.77 peratus, kepada 39,091.17 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura juga menurun 17.79 mata atau 0.47 peratus kepada 3,804.89, manakala indeks Kospi Korea Selatan turun
sebanyak 13.69 mata atau 0.56 peratus kepada 2,428.16.-UTUSAN