TIMSS 2023: PdP Matematik, Sains perlu ditambah baik

Sains

PUTRAJAYA – Kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik dan Sains di sekolah perlu ditambah baik bagi meningkatkan pemahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran berkenaan.

Ia susulan laporan pencapaian Malaysia dalam Kajian penandaarasan antarabangsa, Trends In International Mathematics and Science Study 2023 (TIMSS 2023) yang menunjukkan murid di negara ini didapati kurang pengetahuan dalam konsep asas Matematik dan Sains sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah serta efi kasi kendiri digital yang sederhana dan rendah.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan berkata, keutamaan juga perlu diberikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan untuk menimbulkan minat serta keyakinan murid terhadap mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Guru juga perlu lebih proaktif menggunakan pendekatan PdP yang menekankan kepada pemahaman konsep asas, kemahiran berfi kir aras tinggi, aktiviti hands-on, penyelesaian masalah dan menggalakkan perbincangan dalam kumpulan,” katanya.

AZMAN

AZMAN

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas Pelaporan Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS 2023, di Kementerian Pendidikan (KPM), di sini pada Rabu.

Kajian TIMSS 2023 merupakan pentaksiran Matematik dan Sains yang berasaskan kurikulum disertai oleh 8,780 murid tingkatan dua dari 180 buah sekolah terpilih di seluruh negara.

Soal selidik TIMSS 2023 turut dilengkapkan oleh 313 guru yang masing-masing mengajar Matematik dan Sains kepada murid sampel TIMSS, selain turut melibatkan 180 pengetua sekolah.

Sebanyak 44 negara menyertai TIMSS 2023 dan dilaksanakan pada 4 September sehingga 12 Oktober tahun lalu.

Pentaksiran Matematik merangkumi domain kandungan iaitu nombor, algebra, geometri dan pengukuran serta data dan keberangkalian. Pentaksiran Sains pula mengandungi domain kandungan iaitu biologi, kimia, fi zik dan sains bumi.

Murid diuji dalam tiga domain kognitif iaitu mengetahui, mengaplikasi dan menaakul bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

Pencapaian Matematik Mengulas mengenai pencapaian negara dalam TIMSS 2023 bagi matematik, Azman menjelaskan kedudukan negara menurun 50 mata berbanding TIMSS 2019 menjadikannya kepada 411 mata.

Bagaimanapun katanya, TIMSS 2023 merekodkan purata skor 789 mata bagi pencapaian individu murid, sekali gus menjadikan pencapaian paling tinggi yang pernah dicatatkan setakat ini.

Pencapaian Sains

Sementara itu, Azman memaklumkan pencapaian Malaysia bagi Sains menunjukkan penurunan dalam semua domain kandungan dengan purata skor murid 426 mata.

Mengulas mengenai efi kasi kendiri digital yang sederhana dan rendah dalam kalangan murid negara ini, beliau berkata ia dikaitkan dengan ketidaklaziman penggunaan komputer dalam menjawab soalan.

“Ini kali pertama pentaksiran TIMSS dijalankan berasaskan komputer sepenuhnya.

“Murid kekok untuk mengendalikan peralatan dan aplikasi ujian TIMSS 2023,” katanya.

Guru perlu membantu pelajar untuk minat dan belajar Matematik dan Sains.

Guru perlu membantu pelajar untuk minat dan belajar Matematik dan Sains.

Pemerkasaan penggunaan peranti dalam PdP dan menjawab soalan pentaksiran termasuk Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) juga akan diadakan sebagai usaha meningkatkan tahap efi kasi kendiri digital dalam kalangan murid.

Ia termasuklah pemerkasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi penerapan Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT) dan pengukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, biarpun akur dengan pencapaian TIMSS 2023, namun ia akan dijadikan titik tolak bagi KPM membaiki kualiti pembelajaran Matematik dan Sains, lebih-lebih lagi menerusi Kurikulum 2027 yang sedang dirangka.

Beberapa langkah susulan dan pedagogi pendidikan oleh KPM telah digariskan bagi menambah baik keberhasilan pembelajaran di samping membangunkan bakat tersedia masa hadapan.

Ia merangkumi tindakan Jawatankuasa Perancangan Strategik Pencapaian Penandaarasan Antarabangsa (JPSPPA) untuk merancang dan memantau intervensi yang lebih berstruktur dan sistematik, mengukuhkan latihan pedagogi guru dan penataran kerangka pentaksiran dan released item serta mengadakan sesi libat urus dan Persidangan Meja Bulat Pencapaian Malaysia dalam TIMSS.

Katanya, program intervensi secara bersasar akan dilaksanakan kepada murid tahap dua yang tidak menguasai konsep asas Matematik dan Sains, sebelum mereka meneruskan pelajaran pada peringkat menengah.