Bendera baju Zii Jia terbalik

Sukan

PETALING JAYA: Pakaian pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mencetuskan kontroversi apabila bendera Jalur Gemilang yang terpapar di bajunya terbalik.

Jersi pakaian itu ketika ini tular di media sosial ketika aksi menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada perlawanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China sebentar tadi.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu melakar kemenangan mudah ke atas Tien Chen, 21-13, 21-15 dalam tempoh 39 minit pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Zii Jia seterusnya akan menentang pemain Denmark merangkap rakan baiknya, Anders Antonsen pada perlawanan kedua peringkat kumpulan, esok. – UTUSAN