Young Tigress layak ke Piala Dunia Remaja 2025

Sukan

PETALING JAYA: Skuad hoki remaja wanita negara muncul pasukan kelima terbaik dalam kempen Piala Remaja Asia 2024 selepas membelasah 6-0 pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Hoki Oman, Muscat, sebentar tadi.

Kejayaan tersebut turut membolehkan skuad kendalian Lailin Abu Hassan itu layak beraksi secara merit di Piala Dunia Remaja di Chile pada tahun hadapan.

Dalam aksi tersebut, Nurshamine Azureen Mohammed Badusha muncul wira pasukan apabila meledak tiga gol padang masing-masing pada minit kedua, kesembilan dan ke-19.

Dua lagi lagi gol dijaringkan Azmyra Mia Sofea Azhairy pada minit ke-30 dan ke-53 dan satu lagi jaringan dihasilkan oleh Thibatharshini James pada minit ke-47 menerusi pukulan sudut penalti.

Pemain negara, Zati Alyani Muhammad Zubir menerima anugerah pemain terbaik perlawanan manakala Nurshamine Azureen Mohammed Badusha dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Meningkat. – UTUSAN