Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum esok

Sukan

PETALING JAYA: Revolusi bola sepak kebangsaan bermula apabila jurulatih baharu Harimau Malaya dan juga skuad bawah 23 tahun (B-23) akan diumumkan esok.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menerusi satu hantaran Story Instagram milik baginda, sebentar tadi.

“Esok akan diumum berkenaan head coach pasukan kebangsaan. Coach U23, medical team dan technology yang akan memberi impak kepada pasukan kebangsaan.

“Selepas head coach selesai, akan diumumkan CEO dan technical director dalam masa terdekat.

“Ada meeting dengan FIFA representative untuk dapatkan data Malaysian Mix heritage players di luar negara,” kata baginda lagi,” kata Tunku Mahkota Ismail.- UTUSAN