Bantahan UMNO hanya ‘drama bersiri’

Politik

PETALING JAYA: Bantahan UMNO terhadap PKR berhubung desas desus penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam PKR sebagai ‘drama bersiri’.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara tersebut hakikatnya sudah dibincangkan secara belakang tabir dan berharap rakyat tidak terpedaya dengan ‘drama bersiri’ itu.

“UMNO pun tahu PKR ialah parti yang diketuai Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) sendiri.

“Jadi hendak lawan pun tak boleh sangat, nanti menjejaskan hubungan antara cikgu dan murid,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas spekulasi penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR menerusi laporan media sebelum ini.

Tengku Zafrul semalam mengakui ada berbincang dengan PKR namun tidak melibatkan soal pilihan raya kecil mahupun jawatan di peringkat negeri.

Malah beliau dalam masa yang sama berkata, tiada keputusan dibuat berhubung penyertaan ke dalam PKR menerusi perbincangan tersebut. – UTUSAN