Harga runcit RON97 naik 3 sen

Perniagaan

PETALING JAYA:  Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.19 seliter kepada RM3.22 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 Disember hingga 25 Disember ini.

Namun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.-UTUSAN