PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment) mengumumkan agihan pendapatan dua dana bagi PMB Shariah Tactical Fund dan PMB Wholesale Sukuk Fund, masing-masing sebanyak 3.26 sen seunit dan 4.67 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Menurut kenyataan, PMB Shariah Tactical Fund mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 3.26 sen seunit yang berjumlah keseluruhan RM1.2 juta.
“Nilai Aset Bersih (NAB) seunit sebelum agihan adalah RM0.7312, diselaraskan kepada RM0.6986 selepas agihan.
“Agihan ini, yang dikreditkan berdasarkan tarikh selepas 31 Disember 2024, mewakili hasil sebanyak 6.01 peratus berdasarkan penutup seunit pada 31 Disember 2024, dengan dana mencatatkan pulangan keseluruhan sebanyak 34.88 peratus, termasuk hasil 6.01 peratus untuk tempoh yang sama,” katanya.
“Sementara itu, PMB Wholesale Sukuk Fund pula mengisytiharkan agihan sebanyak 4.67 sen seunit, berjumlah RM816,735.58.
“NAB seunit sebelum agihan adalah RM1.1512, diselaraskan kepada RM1.1045 selepas agihan, mewakili hasil sebanyak 4.20 peratus untuk tahun kewangan tersebut,” katanya.
Kedua-dua agihan telah dikreditkan pada 31 Disember 2024, dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Januari 2025. – UTUSAN