Gambar kecil: Nur Bazlina Masrurah
Kejayaan akademik bagi seseorang pelajar bukan sekadar pencapaian peribadi yang membanggakan, tetapi juga mencerminkan kualiti sistem pendidikan di sesebuah negara.
Salah satu yang boleh dijadikan contoh ialah pelajar dari Brunei Darussalam, yang berjaya memperoleh Anugerah Dekan tiga semester berturut-turut bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan.
Nur Bazlina Masrurah Mustafa yang merupakan pelajar semester enam di KPJ Healthcare University (KPJU) berkata, sebagai mahasiswa antarabangsa, kecemerlangan akademiknya adalah pencapaian terbesar buat dirinya, sekali gus menjadi inspirasi kepada pelajar lain.
Pelajar yang berusia 26 tahun itu berkata, kemudahan pendidikan serta bahan pembelajaran di KPJU sangat memuaskan dan usaha pensyarah serta kakitangan universiti dalam menyediakan alat bantu pembelajaran amat dihargai.
Kemudahan pendidikan dan bahan pembelajaran di KPJU sangat memuaskan serta usaha pensyarah bersama kakitangan universiti dalam menyediakan alat bantu pembelajaran amat dihargai.
Saranan bapa
Kongsi Nur Bazlina, kunjungan dia dan ayahnya ke sebuah pameran pendidikan beberapa tahun yang lalu mendapati, universiti itu merupakan salah satu institusi terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan.
“Kami berdua diberi penerangan mengenai kemudahan dan peluang pendidikan yang disediakan di KPJU.
“Setelah membuat kajian, ternyata KPJU sememangnya pilihan yang sangat baik.
“Dengan lebih daripada 30 buah hospital di dalam dan luar Malaysia, ia memberikan kelebihan besar kepada para pelajarnya,” katanya.
Nur Bazlina turut berkongsi bahawa dia disarankan menyambung pelajaran di KPJU memandangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan di Brunei sangat mencabar.
“Di Brunei, graduan perlu mempunyai pengalaman dalam bidang tertentu untuk memasuki pasaran pekerjaan. Oleh itu, saya yakin keputusan untuk belajar di KPJU adalah pilihan yang tepat,” katanya.