Bangunan SJKT Ayer Tawar Terbakar 70 Peratus

Sains

IPOH, 6 Jan (Bernama) — Beberapa bahagian bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ayer Tawar dekat Sitiawan musnah dalam kebakaran hari ini, namun kejadian tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dianggarkan tiga bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah stor peralatan dan sebuah kantin itu terbakar 70 peratus.

Beliau berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dan Sitiawan dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Ayer Tawar dan Pantai Remis digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 11.52 pagi.

“Sewaktu kejadian berlaku, hanya terdapat beberapa guru serta pelajar di sekolah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 1.59 tengah hari.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial