Soccaloca FC juara piala bawah 10 Jantzen Junior League

Sukan

SEPANG: Pasukan Soccaloca FC menjuarai saingan piala bawah 10 ‘Jantzen Junior League’ selepas menewaskan Bangsar Boy FC 2-0 pada aksi final di Padang Universiti Kuala Lumpur MIAT , Sepang, dekat sini, semalam.

Pasukan Fighter X & PS Nine masing-masing terpaksa akur dengan kedudukan di tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, juara bagi saingan piala bawah 8 adalah Putra All Starz FC Y selepas menewaskan Fireball FC 1-0 pada aksi final, dekat sini.

Pengurus terbaik Jatzen Junior League pula telah dirangkul oleh pengurus pasukan Soccaloca FC hasil dari penilaian oleh para pengadil dan pihak penganjur kejohanan.

”Kejohanan kali ini adalah fokus untuk memberi pendedahan awal minit permainan kepada akademi akar umbi terutama berumur bawah 8 tahun dan 10 tahun. Dalam pada masa sama, membuka peluang kepada mfield play x slimsfoot bagi membantu kejohanan kali ini”, kata wakil penganjur kejohanan, Izzati Iznan.