Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Januari lalu, maskot Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM2026) yang diberi nama Wira dan Manja telah menjadi perhatian ramai.
Ini kerana maskot beruang matahari Malaya 2026 (VMY2026) bernama Wira (jantan) dan Manja (betina) tampil dengan kecomelan mereka yang berjaya menawan hati masyarakat.
Kedua-dua maskot ini dIpilih bagi mencerminkan komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan kehidupan liar yang semakin terancam.
Tular Dakwaan Maskot Wira & Manja Dihasilkan Guna Teknologi AI, Ini Penjelasan Sebenar
Walau bagaimanapun, maskot itu telah terpalit dengan satu dakwaan di mana ada segelintir masyarakat berpendapat lukisan tersebut dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Please tell me this isn’t AI… pleaseeeeee https://t.co/q6dPp1m3NS
— エメスザック / EmesZack (@emes_zack) January 7, 2025
Peka dengan isu yang sedang hangat diperkatakan, anak kepada pelukis maskot berkenaan membalas ciapan di atas menggunakan akaun X (@Muhdhelmiyani) dengan menafikan dakwaan bahawa lukisan maskot Wira dan Manja itu dicipta menggunakan AI.
Jelasnya lagi, karya itu dilukis sendiri oleh ayahnya berdasarkan beberapa gambar lukisan di atas meja yang dimuat naik.
“Hai ini bukan AI ya, ini adalah lukisan asal yang dibuat oleh ayah saya,” ujar individu dikenali sebagai Emy.
Hi this is not AI, this is an original drawing by ayah saya 🙂 pic.twitter.com/BIcwo26uQY
— Emy (@Muhdhelmiyani) January 7, 2025
Meskipun sudah dibuktikan dengan gambar-gambar lukisan, namun masih ada individu yang dikatakan tidak percaya dengan kenyataan si anak yang cuba untuk mempertahankan seni bapanya itu.
Pengguna media sosial tersebut dikatakan masih meminta bukti untuk mengesahkan bahawa lukisan maskot TMM2026 dibuat tanpa menggunakan AI.
we actually really love the design so if there’s proof that this is not AI please do share, unfortunately putting multiple design on ur table doesn’t proof anything
— エメスザック / EmesZack (@emes_zack) January 7, 2025
sorry but still skeptical, all this looks exactly the same but printed , the background portrait looks like filter
i only convinced if he drop proper concept art/design with description to justify why they decide as such.just as any professional graphic artist/designer would.— CORRE1310 (@corre1310) January 7, 2025
Masih Ramai Yang Beri Sokongan Kepada Pelukis Sebenar Maskot Wira Dan Manja
Meskipun menerima dakwaan yang kurang enak didengar, namun masih ramai yang memberikan pujian terhadap lukisan maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 itu.
Siap ada yang bagi cadangan untuk mengeluarkan patung keychain bagi maskot sebab comel sangat!
Petition for @TourismMalaysia keluarkan keychain plush untuk mascot terbaru Visit Malaysia 2026 ni!
Buat blind box macam Labubu ke.. lepas tu market macam Mr. Merlion Singapore.
Mesti niceee 😍 pic.twitter.com/a5gab1HGMp
— AE (@arfdy12) January 6, 2025
Nak cakap yang your dad memang talenteddd. Cantik
— 👑 SonesLoveSoshi 💗 (@soneslovesoshi) January 7, 2025
Pada masa yang sama, netizen turut memberi cadangan agar anak kepada pelukis terbabit mengeluarkan saman terhadap pemilik ciapan di laman X itu yang memuat naik konten berbaur fitnah serta hasutan.
rasa hang boleh start saman account ni. berbaur fitnah dan hasutan pun ada.
— حتى وان (@memebr0ski) January 7, 2025
AI Juga Nafikan Lukisan Maskot Itu Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan
Kami juga sempat bertanya kepada ChatGPT sama ada teknologi ini berpendapat bahawa maskot Wira dan Manja ini dihasilkan oleh AI atau tidak.
Berdasarkan jawapan yang diberikan, ChatGPT percaya maskot berkenaan tidak mengandungi sebarang petanda jelas bahawa ia dijana oleh AI.
Walau bagaimanapun, ChatGPT menjelaskan ia agak mustahil untuk menentukan sama ada lukisan tersebut dijana oleh AI atau tidak jika tiada disertakan sekali sebarang konteks tambahan.
ChatGPT juga menyenaraikan beberapa pemerhatian menarik untuk menunjukkan bahawa maskot dicipta menggunakan alat digital.
Sebagai contoh, ia boleh dilihat pada bulu yang dihasilkan dengan baik dan tiada garisan senget.
Ini Info Tentang Maskot Wira Dan Manja Bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
Melihat kepada maskot yang diperkenalkan itu, maskot Wira dilihat menggantungkan selendang batik di lehernya, manakala Manja pula menggayakan selempang batik dan reben dengan corak sama pada telinga kirinya.
Apa yang lebih menariknya, corak dan warna batik yang digayakan oleh kedua-dua beruang tersebut dipilih dengan teliti bagi mewakili lima komuniti utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.
Di samping itu, tulisan ‘Malaysia’ pada logo Visit Malaysia 2026 pula diinspirasikan daripada ukiran kayu tradisional yang turut mengetengahkan bunga kebangsaan negara iaitu bunga raya.
Malah, tagline popular ‘Truly Asia’ yang diperkenalkan pada tahun 1999 dikekalkan, namun mempunyai sedikit perubahan pada coraknya.
Difahamkan bahawa pakaian seragam khas Visit Malaysia 2026 akan turut digunakan oleh tiga syarikat penerbangan negara iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air.
Baca Artikel Berkaitan: Wira & Manja Jadi Maskot Bagi Visit Malaysia 2026, Ini Info Tentang Beruang Matahari
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.