Ini Cara Mohon ‘FLYsiswa’ Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam

Pendidikan

Untuk makluman anda, Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan ini adalah untuk Pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa).

Terma dan syarat utama FLYsiswa:
A. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang:

  • Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
  • Berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  • Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.

B. Pelajar sedia ada/ baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing pada tarikh seperti di dalam jadual berikut:

C. Tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah mulai 15 April 2025 hingga 31 Ogos 2025;
D. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
E. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
F. Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025; dan
G. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.