Agrobank tawar hadiah lebih RM2.5 juta menerusi Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0

Perniagaan

PETALING JAYA: Agrobank melancarkan Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM2.5 juta bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2025 sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pada kali ini, Agrobank menawarkan lapan kali mata penyertaan melalui Kempen Mega Million 2.0 dan pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah cabutan utama iaitu Ford Ranger Raptor.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, kempen ini dilancarkan bagi memupuk budaya menyimpan.

“Amalan menabung ini selaras dengan perkataan Huat yang membawa maksud kemakmuran dan kekayaan yang dizahirkan melalui kempen dan produk kami untuk menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan kepada pemenang bertuah melalui cabutan bulanan dan cabutan pusingan wilayah termasuk Mitsubishi Xpander, Proton S70, Perodua Myvi, kepingan emas dan wang tunai.

Jelasnya, kempen ini terbuka kepada kategori individu yang melanggan produk AgroPrimaS.

“Lebih menguntungkan, pelanggan akan memperoleh mata penyertaan tambahan dengan gabungan produk Pembiayaan atau Ar-Rahnu dan Penulisan Wasiat & Takaful.

“Pelanggan yang membuat deposit sebanyak RM100,000 dalam satu sijil AgroPrimaS akan menerima hadiah eksklusif edisi terhad Agrobank,” katanya.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0, pelanggan boleh berkunjung ke cawangan terdekat atau layari laman web, www.agrobank.com.my – UTUSAN