Bursa Malaysia ditutup negatif hari ini

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup lemah 6.28 mata kepada 1,552.69 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,558.97 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,577.44.

Jumlah dagangan sebanyak 2.17 bilion unit bernilai RM1.99 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 537 berbanding 372 dengan 466 kaunter tidak berubah dan 924 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turut turun 548.93 mata kepada 39,016.87 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun , indeks STI Singapura menaik 4.36 mata kepada 3,801.07, manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 21.31 mata kepada 2,536.80.-UTUSAN