Real harap tidak jumpa City

Sukan

MADRID: Gergas Sepanyol, Real Madrid berharap tidak bertemu Manchester City pada pusingan seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dalam aksi terakhir semalam, anak buah Carlo Ancelotti menewaskan Brest 3-0 untuk berada di kedudukan ke-11 daripada 36 pasukan bertanding.

Juara bertahan itu akan berdepan Celtic atau City dalam play-off merebut tempat ke pusingan 16 selepas gagal berada di kedudukan lapan terbaik.

Ancelotti berkata, pasukannya jika diberikan pilihan mahu mengelak berdepan City bimbigan Pep Guardiola kerana mereka merupakan ancaman besar.

“Kami tidak suka bermain menentang City, tetapi jika terpaksa, kami akan melakukannya. City mempunyai lebih peluang memenangi Liga Juara-Juara (berbanding Celtic),” kata Ancelotti.

Rodrygo menjaringkan gol pertama dan terakhir Real pada minit ke-28 dan 78, dengan Jude Bellingham meledak gol kedua pada minit ke-56 selepas mendapat hantaran Lucas Vazquez.

Walaupun tewas, Brest turut mara ke pusingan timbal balik play-off dalam kempen pertama mereka di pentas Eropah.

Undian untuk pusingan play-off akan diadakan hari ini di Nyon, Switzerland.- AGENSI