Pasaran saham ditutup positif

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 13.36 mata kepada 1,591.03 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,577.67 ada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,579.92.

Jumlah dagangan sebanyak 3.02 bilion unit bernilai RM2.63 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 573 berbanding 451 dengan 507 kaunter tidak berubah dan 834 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 98.90 mata atau 0.26 peratus kepada 36,776.94 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.020 peratus kepada 2.654.58, manakala indeks STI Singapura najk 0.23 peratus kepada 3.936.45.-UTUSAN