PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Februari 2025 meningkat berbanding AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025.
BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.2 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
“Jumlah aset berjumlah RM634.34 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM527.02 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset lain (RM61.45 bilion),” katanya dalam kenyataan.
BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM634.34 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM196.07 bilion), mata wang dalam edaran (RM176.33 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM124.49 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM15.61 bilion), deposit lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM10.71 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM2.96 bilion).-UTUSAN