Gabungan muka lama, profesional sandaran Bersatu Kelantan

Politik

KOTA BHARU: Gabungan muka lama dan profesional menjadi sandaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan bagi penggal 2024-2027 dalam mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, kehadiran pemimpin yang berwibawa dan berpengalaman mampu memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada Bersatu di Kelantan.

“Kita (Bersatu Kelantan) akan menjadikan agenda pembangunan serta kesejahteraan ummah demi kestabilan politik, kemakmuran negara dan negeri sebagai agenda utama.

“Pada masa sama, kita memberikan keutamaan kepada pemerkasaan struktur parti, pengukuhan jentera akar umbi, serta kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan pilihan raya lebih awal daripada jangkaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kamarudin memberitahu, persediaan itu supaya seluruh jentera berada dalam keadan terbaik berdepan PRU-16 nanti.

 

Berikut Senarai Penuh Pelantikan Jawatan Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Kelantan

 

Ketua: Datuk Kamarudin Md.Nor (Ketua Bersatu Pasir Puteh)

Timbalan: Datuk Mohamed Farid Mohamed (Ketua Bersatu Ketereh)

Setiausaha Negeri: Mohd Wira Arjuna Mohamad (Ketua Bersatu Tumpat)

Ketua Penerangan: Zulfaqar Yeop Dahalan (Ketua Bersatu Kuala Krai

Bendahari: Datuk Shaari Mat Hussain (Ketua Bersatu Gua Musang)

Pengarah Pilihan Raya: Datuk Mohamed Farid Mohamed

Biro Agama dan Kerohanian: Hashim Hamid (Ketua Bersatu Kota Bharu)Biro Pendidikan dan Modal Insan: Ahmad Hakimi Mohd. Yasim (Ketua Bersatu Kubang Kerian)

Biro Ekonomi dan Keusahawanan: Kairul Azri Mohd Zin (Ketua Bersatu Rantau panjang)

Biro Bencana dan Kebajikan Masyarakat: Sikrin Yusof (Ketua Bersatu Bachok)

Biro Latihan dan Pengkaderan : Ab Halim @ Kamaruddin Ab Kadir (Ketua Bersatu Machang)

Biro NGO dan Perpaduan: Mohd Almidi Jaafar (Ketua Bersatu Jeli).

Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan: Ahmad Nasruddin Abdullah (Ketua Bersatu Pengkalan Chepa)

Biro Keahlian dan Cawangan: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Ketua Tanah Merah)

Biro Risik dan Strategi: Che Johan Che Pa (Ketua Bersatu Pasir Mas)-UTUSAN