Pasaran saham ditutup lemah

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 2.11 mata kepada 1,586.60 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,588.71 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,587.99.

Jumlah dagangan sebanyak 2.89 bilion unit bernilai RM2.45 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 576 berbanding 422 dengan 484 kaunter tidak berubah dan 918 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 113.80 mata atau 0.30 peratus kepada 38,257.17 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.41 peratus kepada 2,641.09 dan indeks STI Singapura naik 0.2 peratus kepada 3.915.94.-UTUSAN