SUNGAI BULOH: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 6.3 peratus peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional melibatkan RM63.05 bilion, dan RM10.19 billion bagi Simpanan Syariah.
“Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2024 adalah RM73.24 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, di sini hari ini.
Bagi tahun 2023, KWSP memberikan dividen 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah, melibatkan jumlah agihan keseluruhan RM57.81 bilion.
Kadar dividen tertinggi pernah diberikan KWSP adalah 8.5 peratus, dari tahun 1983 hingga 1987.-UTUSAN