PETALING JAYA: PRISM+, jenama elektronik pengguna dan peralatan rumah terkenal, melancarkan produk terbaharu mereka, iaitu kipas siling PRISM+ Laguna serta rangkaian peti sejuk PureFresh dan Mini Bar.
Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam berkata, PRISM+ mengubah peralatan rumah dengan meneroka inovasi praktikal dan mampu milik bagi memperkenalkan penyelesaian yang relevan untuk pengguna.
“Kami berbangga memperkenalkan kipas siling modular pertama di Malaysia, yang juga merupakan kipas pengguna paling berkuasa dalam kelasnya.
“Dengan prestasi aliran udara sekitar 10,025 CFM, PRISM+ Laguna merupakan kipas siling paling berkuasa dalam segmennya di pasaran Malaysia.
“Bahagian motor tersedia dalam tiga kemasan eksklusif, Putih Pudat (Matte White), Hitam Pudar (Matte Black) dan Emas Mawar (Rose Gold), manakala bilah kipas yang diinspirasikan daripada reka bentuk hujung sayap memberikan sentuhan moden yang anggun.
“Pengguna juga boleh memilih bilah kipas dalam tiga warna matte tersebut atau varian Dark Wood untuk elemen lebih mewah,” katanya dalam kenyataan.
Selain kipas siling, PRISM+ turut memperkenalkan siri peti sejuk PureFresh yang menampilkan teknologi canggih untuk penyimpanan makanan lebih cekap.
“Peti Sejuk Empat Pintu PureFresh tersedia dalam kapasiti 580 liter dan 700 liter, manakala Peti Sejuk Dua Pintu Bersebelahan PureFresh hadir dengan kapasiti luas 720 liter serta kemasan keluli tahan karat Inox dan Hitam Lembut Matte (Gentle Matte Black).
“Dilengkapi teknologi ‘No Frost’, peti sejuk ini menghalang pembentukan ais bagi memudahkan penyelenggaraan, selain pemampat inverter dan sistem ‘Multi-Zone Cooling’ yang meningkatkan kecekapan tenaga serta mengekalkan kesegaran makanan.
“Bagi mereka yang mencari penyelesaian penyejukan lebih kompak dan menjimatkan ruang, PRISM+ turut mempunyai PureFresh Mini Bar Fridges, tersedia dalam model MB 50 dan MB 90,” ujarnya.
Kipas Siling Laguna ditawarkan pada harga mampu milik bermula dari RM179 untuk model standard dan RM279 untuk model pintar, dengan pilihan pencahayaan LED tambahan pada harga RM40.
Bagi Peti Sejuk PureFresh dan Mini Bars pula boleh didapati bermula dari RM399 dengan promosi pra-tempah khas pada 6 Mac 2025, secara eksklusif di prismplus.my. – UTUSAN