PETALING JAYA: Muhammad Kamil Abdul Munim menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan PKR kali ini.
Timbalan Ketua AMK itu berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memperkukuh sayap PKR itu selain proses ‘regenerasi’ bermula daripada akar umbi.
“Insya-Allah saya menawarkan diri untuk (bertanding ) sebagai Ketua AMK dan berharap diberi peluang untuk mengetuai AMK,” katanya.
Muhammad Kamil berkata demikian dalam Majlis Iftar Perdana Semarak Angkatan Muda Keadilan, semalam.
Menurutnya, sebagai sebuah parti yang meraikan demokrasi, sesiapa sahaja yang layak boleh menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan PKR. – UTUSAN