Pasaran saham ditutup negatif

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 10.15 mata kepada 1,517.66 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,527.81 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,513.29.

Jumlah dagangan sebanyak 2.92 bilion unit bernilai RM2.73 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 456 berbanding 433 dengan 482 kaunter tidak berubah dan 1,007 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun turun 93.54 mata atau 0.25 peratus kepada 37,751.88 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.62 peratus kepada 2,628.62 dan Indeks STI Singapura meningkat 0.31 peratus kepada 3.907.05.-UTUSAN