Bursa Malaysia dibuka lemah, susut lebih 50 mata

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 55.79 mata kepada 1,448.35 pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,504.14 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,475.31.

Jumlah dagangan sebanyak 410.08 juta unit bernilai RM301.18 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 804 berbanding 45 dengan 141 kaunter tidak berubah dan 1,369 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 2,025.48 mata atau 6.00 peratus kepada 31,755.10 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 5.04 peratus kepada 2,341.08 dan Indeks STI Singapura turun 5.92 peratus kepada 3,599.23. – UTUSAN