MMAG kemaskini klasifikasi sektor dan subsektor 

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) telah mengemas kini klasifikasi sektor dan subsektor untuk MMAG Holdings Berhad (MMAG) kepada pengangkutan & logistik dan perkhidmatan pengangkutan dan logistik berkuat kuasa pada 9 pagi 14 April 2025.

Bursa Securities dalam kenyataan berkata, sektor dan subsektor MMAG sebelum ini adalah teknologi dan perkhidmatan digital.

Katanya, nombor saham dan nama pendek saham untuk sekuriti MMAG kekal tidak berubah.

“Kemas kini pengelasan semula ini dibuat atas permintaan syarikat adalah berdasarkan kriteria yang mengambil kira antara lain faktor-faktor iaitu perubahan dalam aktiviti perniagaan syarikat dan sumbangan aktiviti perniagaan teras kepada keputusan kewangan syarikat.

“Kemas kini dalam klasifikasi sektor dan subsektor berfungsi untuk memastikan semua pelabur dan peserta industri dimaklumkan mengenai perkembangan terkini dalam syarikat tersenarai awam merentasi Pasaran Utama Bursa Securities, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP,” katanya.-UTUSAN