Abd. Muhaimin tumpu kempen santuni pengundi

Politik

MUKADIMAH

MESKIPUN DUN Ayer Kuning dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN), calon Perikatan Nasional (PN), ABD. MUHAIMIN MALEK, 44, tetap yakin dengan strategi mesra rakyat mampu memberi saingan sengit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 April ini.

Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia, beliau berkongsi pendekatan kempen dan aspirasinya kepada wartawan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM.

UTUSAN: Bagaimana kempen se takat ini di Ayer Kuning?
ABD. MUHAIMIN: Kempen berjalan lancar. Saya berazam untuk berjumpa dengan keseluruhan 31,897 pengundi di Ayer Kuning dan mengetuk setiap pintu kediaman mereka tanpa mengira kaum, Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli. Bertemu secara zikal memberi saya peluang untuk mendengar dan memahami masalah serta isu yang mereka hadapi.

Bagaimana dengan persiapan jentera dilakukan?
Sebelum proses penamaan calon, jentera kami sudah turun padang untuk berjumpa dengan pengundi. Kami menumpukan kepada penduduk kampung berusia dan golongan muda yang merupakan peratusan pengundi besar di Ayer Kuning. Kami juga mendapat bantuan daripada Bersatu dan Gerakan Pusat yang turut berkampung di Ayer Kuning.

Apakah antara manifesto untuk rakyat Ayer Kuning?
Saya sedar bahawa saya tidak mampu menjanji bulan dan bintang. Namun, saya melihat perlunya peningkatan kekerapan perkhidmatan ETS ke Stesen Kereta Api Tapah Road. Tapah ter letak berdekatan dengan Cameron Highlands dan boleh menjadi pusat pelancongan utama. Jika lebih ramai pelancong datang, ekonomi penduduk tempatan akan berkembang, khususnya bagi mereka yang terlibat dalam industri perkhidmatan seperti e-hailing, restoran, hotel dan inap desa.

Apakah harapan sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat?
Seperti mana-mana calon, saya pasti mengharapkan kemenangan. Namun, yang lebih penting bagi saya adalah dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada penduduk Ayer Kuning. Saya adalah anak jati Ayer Kuning, jadi sudah semestinya saya mahu berkhidmat untuk keluarga, jiran, penduduk kampung, taman perumahan, dan semua rakyat tanpa mengira latar belakang

Sekiranya diberikan mandat, apa perancangan awal yang akan dilakukan?
Saya anak jati Ayer Kuning. Jika diberi mandat, saya mahu menjadi Yang Berkhidmat, bukan sekadar Yang Berhormat. Saya mahu jadi jambatan antara rakyat dan kerajaan serta pastikan pembangunan seimbang zikal dan rohani, demi kesejahteraan semua.-UTUSAN.