Rory McIlroy tamatkan kemarau 11 tahun tanpa kejuaraan utama

Sukan

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Rory McIlroy berjaya melengkapkan karier Grand Slam golf selepas menjuarai Masters selepas melakukan birdie dari jarak empat kaki pada lubang pertama playoff untuk menewaskan Justin Rose.

Pemain No.2 dunia itu, menamatkan kemarau 11 tahun kejuaraan major dan kejayaan itu disambut dengan tangisan ketika dia akhirnya menyarung jaket hijau yang sudah lama diimpikannya.

RORY McIlroy meraikan kemenangan di green lubang ke-18 selepas menang pada lubang playoff pertama ke atas Justin.-AFP

“Ia amat luar biasa. Ini penampilan ke-17 saya di sini. Saya tertanya-tanya sama ada bila saya akan bergelar juara dan akhirnya masa itu tiba buat saya.

“Saya teruja dan bangga akhirnya bergelar juara Masters,”kata McIlroy.

McIlroy menyertai Jack Nicklaus, Tiger Woods, Gary Player, Gene Sarazen dan Ben Hogan sebagai pemain yang berjaya memenangi semua empat kejuaraan major.-AFP