TAPAH: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan Manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang menawarkan manifesto lengkap dan bersifat komprehens
Calon PSM, Bawani KS, 40, berkata, manifesto itu berdasarkan pengalaman beliau yang merupakan anak jati Taman Ria Ayer Kuning selama hampir 40 tahun.
“Sebagai peguam dan aktivis masyarakat, saya sehingga kini masih menetap di sini, Ayer Kuning memerlukan banyak perubahan bersifat radikal.
“Tiga daripada lima tuntutan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah tercapai iaitu jalan diturap baharu, sebuah mesin teler automatik (ATM) di stesen minyak dan Perak Transit mengambil alih perkhidmatan bas awam,” katanya ketika ditemui di Stesen Bas Awam Tapah di sini, semalam. – UTUSAN