Pasaran saham ditutup positif, naik hampir ke paras 1,500

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup positif menghampiri paras 1,500 mata apabila naik 16.13 mata kepada 1,499.40 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,483.27 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,481.64.

Jumlah dagangan sebanyak 1.69 bilion unit bernilai RM1.24 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 544 berbanding 257 dengan 441 kaunter tidak berubah dan 1,194 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 352.68 mata atau 1.03 peratus kepada 34,730.28 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.53 peratus kepada 2,483.42 dan Indeks STI Singapura naik 1.58 peratus kepada 3.720.33. – UTUSAN