PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.97 mata kepada 1,500.37 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,499.40 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,502.08.
Jumlah dagangan sebanyak 127.68 juta unit bernilai RM23.93 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 118 berbanding 93 dengan 230 kaunter tidak berubah dan 1,996 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 328.77 mata atau 0.95 peratus kepada 34,401.51 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.20 peratus kepada 2,488.30 dan Indeks STI Singapura naik 0.68 peratus kepada 3,745.47.- UTUSAN