Bursa Malaysia terus positif

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.25 mata kepada 1,510.77 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,501.71 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,511.64.

Jumlah dagangan sebanyak 71.98 juta unit bernilai RM37.01 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 203 berbanding 57 dengan 180 kaunter tidak berubah dan 2,060 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 557.30 mata atau 1.59 peratus kepada 35,596.45 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan melonjak sebanyak 1.08 peratus kepada 2,549.27 dan Indeks STI Singapura naik 0.07 peratus kepada 3,834.43.-UTUSAN