PRK Ayer Kuning: 17.09 peratus sudah mengundi

Politik

TAPAH: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mencatatkan 17.09 peratus setakat pukul 10 pagi.

Peratusan jumlah pengundi itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Terdahulu, sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran bagi PRK DUN Ayer Kuning dibuka serentak pada pukul 8 pagi hari ini.

Seramai 31,281 pengundi berdaftar direkodkan di DUN Ayer Kuning yang akan memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Seramai tiga calong bertanding bagi merebut kerusi DUN membabitkan calon dari Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, dengan Abdul Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN